Wednesday, December 10, 2008

Peribadi




Assalammualaikum..


Nama: Mohd Zahir Bin Mohd Zubir

Tahun Lahir: Februari 1982

Tempat Lahir: Hospital Assunta Petaling Jaya

Adik-beradik: 4 orang

Status: Berkahwin

Isteri: Norliyana Binti Abdul Razak

Anak: Baru seorang (Nur Anniesha)

Pendidikan: SK(Pusat) Juasseh,N.Sembilan

SMK Batu Kikir,N.Sembilan

Institut Teknologi Cosmopoint

UUM Kampus KL

Kerja:

Sekarang bekerja di Felda Prodata Systems Sdn.Bhd bahagian Pengurusan Aset. Sebelum kerja disini aku bekerja di sebuah syarikat swasta iaitu Rimman International Sdn.Bhd (Data Conversion Services Department) for Tenaga Nasional Berhad.

Cerita:

Sejak dari kecil, aku telah dibesarkan oleh wan dan arwah atuk di Kampung Acheh,Juasseh N.Sembilan. Ini adalah disebabkan mak dan abah keje..maklumlah, masa tu susah sikit. Walaupun begitu aku dan adik beradik tetap bersyukur kerana pengorbanan wan dan atuk mendidik dan membesarkan kami dengan penuh kasih sayang yang tidak ternilai dan hanya Allah saja yang boleh membalas jasa mereka. Bersyukur juga kepada Allah kerana memberi kesihatan dan keselamatan yang baik kepada mak dan abah mencari rezeki untuk menyara aku dan adik beradik yang menetap di kampung hingga kami dewasa dan boleh hidup berdikari sendiri.



Wednesday, December 3, 2008

Bola


Gambar ni adalah antara salah satu aktiviti Sukan Kelab dan Reksreasi syarikat ditempat aku bekerja. Tahun ni team aku juara lagi dan confirm dapat hadiah. Walaupun dalam acara lain spt. Ping Pong,badminton,carom,takraw dan bola tampar kumpulan aku kalah ,tetapi dengan kemenangan dalam acara bolasepak, ia sedikit sebanyak memberikan kepuasan kepada aku yang dah dua tahun berturut-turut berjaya mengekal dan mempertahankan kejuaraan. Tahun ni..malam dinner naik stage lagi.....ambil piala...hehehehe...

G5



Pic ni adalah salah satu teknik ataupun cara dalam buah pukul..
nak cakap lebih-lebih pun...hamba budak baru belajar...hehehe..

Lawatan ke Sintok


Ini adalah antara kawan-kawan yang pegi ke Sintok, tak de la ramai sangat tapi happening la jugak.

Pic ni semasa buat lawatan ke kampus Induk UUM Sintok, Kedah.
Pertama kali pergi kampus utama seronok jugak sebab pegi ramai-ramai...tu yg best tu..

Aktiviti

Assalammualaikum dan selamat sejahtera...

Ini adalah kali pertama untuk aku wujudkan blog secara rasmi setelah diminta oleh seseorang yang .................. ape ape je lah.
Walaupun secara tak sengaja nak wujudkan blog ni, tapi bagi aku bagus jugak kalau ade blog sendiri, paling tidak pun boleh juga ade blog sendiri. Macam-macam boleh letak dalam blog ni.
Ape-ape pun terima kasih kepada insan yang telah mencetuskan idea yang baik ni untuk aku create blog.